UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk rujukan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) di KPM

TRANSFORMASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Ke arah menjadi institut latihan guru yang utama dalam meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui pendidikan guru

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2019 "Semoga Memberi Sinar Harapan"

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH
Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

8/10/14

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 - MALAYSIA DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

MENGHAYATI TEMA DAN LOGO KEMERDEKAAN KE-57 2014



LOGO KEMERDEKAAN KE-57

logomerdeka57-2

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Muat turun melalui pautan berikut :
Halaman Vectorise Net

ATAU

Muat turun dipautan berikut :
Halaman KPM


PENJELASAN

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo bagi Kemerdekaan ke-57, Ianya disifatkan sebagai satu perlambangan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia dan menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 dengan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, Ianya mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat generasi sebelum kemerdekaan, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ianya berupaya dikekalkan sehingga ke hari ini dengan sokongan dan keprihatinan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'MALAYSIA… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta.

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Pautan Sumber Penjelasan :
Halaman Vectorise Net

Pautan Sumber Rujukan Sahih :
Halaman KPM


5/5/14

JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2014 BAGI PPISMP, PISMP DAN PPG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
MAKLUMAN,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP, PISMP, PPG dan Calon Peperiksaan Ulangan PPG yang akan menduduki peperiksaan Mei 2014. Sila muat turun Jadual Peperiksaan melalui pautan berikut :

 Klik Untuk : Pautan  link dibatalkan sila rujuk terkini.

*Peringatan Peperiksaan bermula pada 19 dan berakhir pada 25 Mei 2014. Sehubungan dengan itu Taklimat bagi peperiksaan akan diadakan pada 15 Mei 2014 - Khamis. Maklumbalas dan pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Peperiksaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Perhatian serta kerjasama semua pelajar amat kami hargai.

Terima Kasih.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.

4/12/14

UJIAN KELAYAKAN GURU - UKCG


Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.

Sila rujuk laman :  Semakan Panggilan UKCG

Ujian akan dilaksanakan dan bermula pada 14 April 2014 (Sila rujuk dan semakan nama melalui laman rasmi pautan semakan panggilan UKCG).

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS.

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL .

Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.

Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama atau kedua MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.

Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

Selamat mencuba.

Admin.


1/20/14

TERKINI JADUAL PEPERIKSAAN JANUARI 2014 DPLI - JQAF DAN ULANGAN



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

MAKLUMAN TERKINI,


Perhatian kepada semua pelajar JQAF dan Calon Peperiksaan Ulangan PISMP/PPG yang akan menduduki peperiksaan Januari 2014. Sila muat turun Jadual Peperiksaan Januari 2014 melalui pautan berikut :


*Peringatan Taklimat bagi DPLI-JQAF adalah pada 23 Januari 2013 (Sila rujuk surat siaran). Calon menumpang daripada IPG lain dijemput hadir sama.

Peperiksaan bermula pada 24 hingga 26 Januari 2014

Maklumbalas dan pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Peperiksaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Perhatian serta kerjasama semua pelajar amat kami hargai.

Terima Kasih.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.

1/18/14

SLIP PEPERIKSAAN JANUARI 2014 DAN ULANGAN



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

MAKLUMAN,



Slip peperiksaan Januari 2014 boleh dimuat turun oleh pelajar JQAF dan calon ulangan. Sila berhubung dengan Pegawai berikut untuk mendapatkan id dan password bagi membolehkan anda membuka dan seterusnya mendapatkan slip berkaitan.

1. En. Falawangi bin Lahama - 0148734087
2. En. Suriansyah bin Sudin - 0138884689
3. En. Haripin bin Kaping - 0198690624

Prosedur

Sila gunakan kaedah sms atau WhatsApp ke mana-mana nombor pegawai di atas. Nyatakan :
a. Nama
b. Kad Pengenalan
c. Opsyen

*Tanpa 3 maklumat berkaitan pihak kami tidak dapat memberikan id dan password berkaitan.

Setelah mendapat id dan password, sila muat turun berdasarkan opsyen dan cetak slip peperiksaan anda dan mohon maklumkan dengan rakan-rakan anda.

Pautan Muat Turun :  Klik Untuk  e-slip peperiksaan Januari dan Ulangan 2014

Dibuka sehingga 22 hb Januari 2014 dan ditutup pada 23 Januari 2014

Pertanyaan dan maklum balas sila berhubung dengan pegawai berkaitan.

Terima Kasih.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.





1/14/14

PEMAKLUMAN PEPERIKSAAN JANUARI 2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

MAKLUMAN,


Semua   pelajar  j-QAF diwajibkan menduduki peperiksaan pada 24 – 26 Januari 2014. Sehubungan dengan itu,  semua pelajar  j-QAF  diwajibkan  menghadiri taklimat peperiksaan pada 23 Januari 2014 (Khamis) jam 2.00 Petang di Dewan Al-Khawarizme IPG Kampus Tawau bagi tujuan menduduki peperiksaan.

Jadual  waktu  peperiksaan  boleh  di muat  turun dari  Blog Unit Peperiksaan & Penilaian IPG Kampus Tawau : http://www.unitpenipgmtawau.blogspot.com .

Surat Siaran rasmi berkaitan pemakluman tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut :

 Klik Untuk Muat Turun Surat Siaran Pemakluman

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila berhubung terus dengan Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus, Tawau.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

Unit Peperiksaan Dan Penilaian,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

JADUAL PEPERIKSAAN JANUARI 2014 DPLI - JQAF DAN PEPERIKSAAN ULANGAN



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

MAKLUMAN,



Perhatian kepada semua pelajar JQAF dan Calon Peperiksaan Ulangan PISMP/PPG yang akan menduduki peperiksaan Januari 2014. Sila muat turun Jadual Peperiksaan Januari 2014 melalui pautan berikut :


*Peringatan Taklimat bagi DPLI-JQAF adalah pada 23 Januari 2013 (Sila rujuk surat siaran). Peperiksaan bermula pada 24 hingga 26 Januari 2014

Maklumbalas dan pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Peperiksaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Perhatian serta kerjasama semua pelajar amat kami hargai.

Terima Kasih.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.