TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH

10/08/14

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 - MALAYSIA DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

MENGHAYATI TEMA DAN LOGO KEMERDEKAAN KE-57 2014



LOGO KEMERDEKAAN KE-57

logomerdeka57-2

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Muat turun melalui pautan berikut :
Halaman Vectorise Net

ATAU

Muat turun dipautan berikut :
Halaman KPM


PENJELASAN

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo bagi Kemerdekaan ke-57, Ianya disifatkan sebagai satu perlambangan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia dan menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 dengan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, Ianya mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat generasi sebelum kemerdekaan, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ianya berupaya dikekalkan sehingga ke hari ini dengan sokongan dan keprihatinan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'MALAYSIA… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta.

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Pautan Sumber Penjelasan :
Halaman Vectorise Net

Pautan Sumber Rujukan Sahih :
Halaman KPM


0 ulasan:

Catat Ulasan