Bengkel
ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang untuk memantapkan aspek-aspek pengurusan
unit pengurusan peperiksaan di IPG Kampus Tawau. Pemantapan Pentadbiran Peperiksaan
menekankan aspek-aspek yang penting dalam Pentadbiran Peperiksaan yang akan dikongsi
oleh semua Jawatankuasa Induk Peperiksaan dan Penilaian (JKPPIPG), semua Jawatankuasa
Pentadbiran dan Pengurusan Peperiksaan, Semua Jawatankuasa Pelaksanaan
Pentaksiran dan Penilaian Kurikulum melalui KUPP dan Pegawai Pengurusan Unit
Peperiksaan dan Penilaian serta SUA IPG Kampus Tawau. Melalui bengkel ini diharapkan
akan mengenalpasti dan membincangkan idea yang terbaik dalam menguruskan peperiksan
di IPG Kampus Tawau.Bengkel pemantapan sistem iTEMS dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut :-
JANGKA MASA : 8.30 am - 4.00 pm
TARIKH : 19 Januari 2017
TEMPAT : Bilik
Sri Kinabalu, IPGK Tawau
OBJEKTIF
- Merancang
dan melaksanakan pentadbiran untuk
meningkat mutu perkhidmatan pengurusan
peperiksaan.
- Mengenalpasti
masalah-masalah utama dalam menguruskan peperiksaan yang melibatkan semua
pihak dan mencari jalan
penyelesaiannya.
- Membuat
penambahbaikan dalam proses pengurusan peperiksaan agar dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan kos serta mesra pensyarah dan pelatih.
- Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru dalam memantapkan semua Pegawai pengurusan peperiksaan dan pensyarah.
PENCERAMAH / FASILITATOR /
PENYELARAS
a. En
Mahmud Bin Ahmad (Pen. Setiausaha II JK Pengurusan Akademik)
b. En
Mohammad Nazri Bin Nahar (Penyelaras E-Kehadiran HEP)
c. En
Suriansah Bin Sudin (Peg Pentadbiran Peperiksaan)
d. En
Samsuddin Sulaiman (KUPP)
PEGAWAI
PROGRAM
BERTANGGUNGJAWAB : En Haripin Bin Kaping
URUSETIA : Puan Rashidah Binti Jafari/Puan Suriati Binti Mohd Tahir
Penceramah
Peserta Kursus
Kaedah pelaksanaan dilakukan secara taklimat dan bengkel. Pendedahan dan perincian berkaitan prosedur dan pengisian dalam sistem iTEMS diharap dapat membantu dan memudahkan semua pihak.
Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri pada bengkel dan taklimat ini.
UPP 19 November 2017
0 ulasan:
Catat Ulasan