TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH

28/01/16

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN OLEH KOLEJ VOKASIONAL TAWAU



Pada 22hb Januari 2016, Kolej Vokasional Tawau telah mengadakan lawatan penanda aras yang berfokus kepada pengendalian pentaksiran dan penilaian peperiksaan. Perkongsian dan pengisian program bertujuan untuk meninjau keberkesanan dan cara pengendalian yang dilakukan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Lawatan ini merupakan proses perkongsian maklumat berkaitan dengan tatacara pengendalian pentaksiran dan penilaian yang lebih sistematik.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En. Yusof, Pensyarah Kanan selaku wakil Pengarah, beliau amat mengalu-alukan kedatangan semua peserta yang terlibat dengan program ini dan mengharapkan perkongsian maklumat yang diperolehi kelak akan dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian di kedua-dua pihak.



Majlis seterusnya diteruskan dengan penjelasan berkaitan dengan Prosedur Penilaian Kerja Kursus yang disampaikan oleh Dr. Noraini Said Mantan Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan dan Pensyarah Bahasa Inggeris.



Disusuli dengan penjelasan berkaitan dengan Moderasi Kertas Peperiksaan yang disampaikan oleh Pn. Lina Thomas, Setiausaha Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus, Tawau.


Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat berkaitan manual prosedur kerja Unit Penilaian dan Peperiksaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau disampaikan oleh En. Samsuddin Sulaiman, Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, Institut Pendidikan Guru Kampus, Tawau.


Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang dan lawatan ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Semoga dengan perkongsian dan aktiviti yang dilakukan ini dapat membantu meningkatkan pengendalian dan meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian dengan lebih sistematik.

Terima Kasih.

Unit Penilaian dan Peperiksaan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

0 ulasan:

Catat Ulasan