TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH

19/01/17

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM ONLINE ITEMS - E-KEHADIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Bengkel ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang untuk memantapkan aspek-aspek pengurusan unit pengurusan peperiksaan di IPG Kampus Tawau.  Pemantapan Pentadbiran Peperiksaan menekankan aspek-aspek yang penting dalam Pentadbiran Peperiksaan yang akan dikongsi oleh semua Jawatankuasa Induk Peperiksaan dan Penilaian (JKPPIPG), semua Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Peperiksaan, Semua Jawatankuasa Pelaksanaan Pentaksiran dan Penilaian Kurikulum melalui KUPP dan Pegawai Pengurusan Unit Peperiksaan dan Penilaian serta SUA IPG Kampus Tawau. Melalui bengkel ini diharapkan akan mengenalpasti dan membincangkan idea yang terbaik dalam menguruskan peperiksan di IPG Kampus Tawau.Bengkel pemantapan sistem iTEMS dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut :- 

JANGKA MASA    :  8.30 am - 4.00 pm
TARIKH                  : 19 Januari 2017
TEMPAT                 :  Bilik Sri Kinabalu, IPGK Tawau


OBJEKTIF                       
  1. Merancang dan melaksanakan pentadbiran untuk  meningkat mutu perkhidmatan  pengurusan peperiksaan.
  2. Mengenalpasti masalah-masalah utama dalam menguruskan peperiksaan yang melibatkan semua pihak  dan mencari jalan penyelesaiannya.
  3. Membuat penambahbaikan dalam proses pengurusan peperiksaan  agar dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos serta mesra pensyarah dan pelatih.
  4. Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru dalam memantapkan semua Pegawai pengurusan peperiksaan dan pensyarah.
PENCERAMAH / FASILITATOR /  PENYELARAS
          
a. En Mahmud Bin Ahmad (Pen. Setiausaha II JK Pengurusan Akademik)
b. En Mohammad Nazri Bin Nahar (Penyelaras E-Kehadiran HEP)
c. En Suriansah Bin Sudin (Peg Pentadbiran Peperiksaan)
d. En Samsuddin Sulaiman (KUPP)

PEGAWAI PROGRAM
BERTANGGUNGJAWAB                : En Haripin Bin Kaping

URUSETIA                                       : Puan Rashidah Binti Jafari/Puan Suriati Binti Mohd Tahir

Penceramah


Peserta Kursus





Kaedah pelaksanaan dilakukan secara taklimat dan bengkel. Pendedahan dan perincian berkaitan prosedur dan pengisian dalam sistem iTEMS diharap dapat membantu dan memudahkan semua pihak.

Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri pada bengkel dan taklimat ini.



UPP 19 November 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan