TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH

21/10/14

SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2014 BAGI PELAJAR PPISMP, PISMP DAN PPG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



MAKLUMAN,

SLIP PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2014

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP, PISMP dan PPG yang akan menduduki peperiksaan pada 10 - 20 November 2014.Memandangkan sistem ITEMS baharu sahaja berfungsi maka slip Peperiksaan November 2014 melalui sistem ITEMS hanya akan dapat dimuat turun pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 27 Oktober 2014 - Ditunda ke 4 November 2014 (Penyelarasan Pelajar yang layak/tidak layak menduduki Peperiksaan November 2014)
Masa : 9:00 Pagi

Sila login masuk pelajar dan cetak slip berkaitan pada atau selepas tarikh tersebut.

*Pelajar dinasihatkan untuk membuat semakan dan sila berhubung terus dengan Ketua Unit/Pegawai/Staf di Unit Peperiksaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dengan kadar segera sekiranya menghadapi sebarang masalah.

*Peringatan Peperiksaan bermula pada 10 dan berakhir pada 20 November 2014(Sila rujuk jadual waktu peperiksaan. Bagi pelajar PPISMP SEM 1 sila lengkapkan butiran dalam sistem ITEMS dan semak butiran anda. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila berhubung dengan Ketua Unit/Pegawai/Staf Unit Peperiksaan Dan Penilaian IPG Kampus Tawau.

Perhatian serta kerjasama semua pelajar amat kami hargai.

Terima Kasih.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.

2 ulasan:

  1. salam sejahtera, kenapa slip kelayakan untuk mengambil peperiksaan belum dapat dibuka lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, Slip Peperiksaan November 2014 hanya akan dikeluarkan pada 4 November 2014 untuk tujuan pengemaskinian calon layak/tidak layak menduduki peperiksaan.

      Sekian. Harap maklum dan terima kasih.

      Padam