TERKINI : SELAMAT TAHUN BAHARU 2019 | MAKLUMAN SEMUA PELAJAR PISMP AMB JUN 2015 DAN 2016. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOV 2018 SEMAKAN BERMULA PADA 24 DISEMBER | PENDAFTARAN BERMULA PADA 26 DISEMBER -TERIMA KASIH

15/12/13

TAKLIMAT PEPERIKSAAN DISEMBER 2013 BAGI KDPM DAN PGSR

Taklimat Peperiksaan ini diadakan pada 11 Disember 2013 di Dewan Kuliah Al Jabar IPG Kampus Tawau. Tujuan taklimat berkaitan adalah untuk memberikan input-input dan makluman terkini berkaitan peperiksaan dan perubahan-perubahan yang perlu dipatuhi oleh pelatih/pelajar semasa mengikuti peperiksaan tersebut.

Pelatih/Pelajar juga diingatkan agar dapat mengambil perhatian yang serius berkaitan kehadiran kuliah mereka kerana ia amat penting sebagai syarat utama untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaan.

Unit Peperiksaan Dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua pelatih/pelajar yang terlibat pada peperiksaan Disember 2013 dan akan bermula pada 16 hingga 19 Disember 2013.

Ketua Unit menyampaikan taklimat turut hadir Pegawai Kaunselor dan Pegawai Pengurusan Unit Peperiksaan Dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.


Pelatih/Pelajar KDPM dan PGSR yang terlibat menghadiri taklimat berkaitan


Pegawai Kaunselor turun menyampaikan sedikit tips dan motivasi untuk pelatih/pelajar
KDPM dan PGSR



Terima Kasih.


Admin,
Unit Penilaian Dan Peperiksaan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

0 ulasan:

Catat Ulasan